Sunday, 30 April 2017
KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam dan plastik.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment