Laporan
Projek Kitar Semula telah dijalankan selama seminggu bermula daripada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Berikut merupakan catatan yang telah dibuat sepanjang minggu Kitar Semula berlangsung :
i. Hari pertama ( 14 Julai 2014 )
Pada hari pertama iaitu hari Isnin, majlis perasmian minggu Kitar Semula telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi. Guru besar iaitu En. Roslan bin Rahman telah dilantik untuk merasmikan minggu tersebut. Kemeriahan terpancar apabila pelbagai gimik ditonjolkan sewaktu majlis perasmian tersebut. 3 orang murid telah dilantik untuk menjadi maskot sempena minggu Kitar Semua tersebut. Mereka memakai pakaian hasil daripada bahan kitar semula. Seterusnya guru besar juga harus memasukkan barang kitar semula yang dibawa oleh maskot ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan.
Pada hari ini juga murid-murid diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya ialah pengumpulan barang kitar semula mengikut kelas, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai serta ceramah yang bertajuk kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari Khamis. Selain itu, setiap kelas juga dibekalkan dengan 2 keping plastik sampah yang telah di label kertas dan botol untuk di letakkan di belakang setiap kelas.
ii. Hari kedua dan ketiga ( 15 hingga 16 Julai 2014 )
Pada hari kedua dan ketiga ini, setiap guru praktikum harus memantau keadaan bilik darjah yang telah dibekalkan dengan plastik sampah. Tugasan juga telah diagihkan secara sama rata. En Hafiz memantau kelas tahun 6, En Zarif memantau kelas tahun 5, Cik Fateen memantau kelas tahun 4, Cik Farah memantau kelas tahun 3, Cik Zaity memantau kelas tahun 2 dan akhir sekali Cik Adibah dan Syazlin memantau murid tahun 1. Pemantauan harus dijalankan secara kerap agar keadaan bilik darjah dapat dikawal dengan rapi dan tersusun. Selain itu, barang kitar semula yang dikumpul juga harus kelihatan terkawal.
Selain itu, peringatan mengenai aktiviti yang dijalankan sempena minggu Kitar Semula ini juga diumum setiap hari sewaktu perhimpunan. Hal ini kerana, kami ingin menggalakkan penyertaan setiap murid serta menambahkan semangat berdaya saing dalam diri mereka.
iii. Hari keempat ( 17 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir bagi segala aktiviti yang telah dijalankan. Sambutan daripada murid sangat menggalakkan. Setiap kelas membawa barang kitar semula di luar jangkaan. Oleh itu, kami sebagai penganjur memilih untuk mengumpulkan barang-barang kitar semula tersebut di dewan terbuka. Seterusnya, kami bekerjasama telah menimbang hasil kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang.
Bagi pertandingan Reka Cipta bahan terpakai pula, bengkel Kemahiran Hidup telah dipilih untuk mengumpulkan barang. Pelbagai barang reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Penilaian bagi pertandingan Reka Cipta ini telah diadili oleh Pn. Afizaayu selaku guru panitia mata pelajaran Sains serta pembantunya Pn. Thelaga. Memandangkan penyertaan murid sangat menggalakkan, Pn Afizaayu mencadangkan agar pemenang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemenang tahap 1 dan tahap 2. Bagi setiap tahap pula 8 orang dipilih untuk menerima hadiah.
iv. Hari kelima ( 18 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir minggu Kitar Semula yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya. Pada hari ini sesi ceramah telah diadakan seawal pukul 8.30 pagi. Ketibaan penceramah disambut mesra oleh guru pelatih. Murid yang dipilih untuk menghadiri majlis ceramah tersebut terdiri daripada murid tahun 4 dan 5. Mereka juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin segala maklumat yang akan disampaikan oleh penceramah nanti. Sepanjang sesi ceramah berlangsung murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan mengitar semula barang-barang terpakai.
Seterusnya, demonstrasi mengitar semula surat khabar menjadi kertas dijalankan oleh pihak penceramah. 3 langkah mudah telah ditunjukkan iaitu merendam kertas ke dalam air, mengisar kertas menggunakan pengisar dan akhir sekali meluruskan kertas menggunakan seterika. Satu tepukan gemuruh diberikan oleh murid-murid selepas demonstrasi ditunjukkan. Selain itu, 5 orang murid juga dipilih untuk melakukan demonstrasi kitar semula kertas itu. Seterusnya, barang-barang kitar semula yang dikumpulkan ditimbang dan diangkat ke dalam lori sampah yang telah disediakan. Aktiviti ini dibantu oleh murid-murid tahun 6.
Acara terakhir ialah majlis penutupan minggu Kitar semula oleh guru besar En. Roslan bin Rahman. Beliau telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah yang telah hadir. Satu replika cek yang tertera nilai pungutan barang kitar semula juga telah diserahkan kepada guru besar. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment